Umno habiskan RM600K Sehari Untuk promosi di twitter


Umno habiskan RM600K Sehari Untuk promosi di twitter:-JIKA anda merupakan salah seorang pengguna twitter, tentu anda menyedari bahawa kebelakangan ini #ManifestoBN terpapar dalam salah satu trending di twitter ditulis sebagai "promotted trending".



Paparan di Twitter mendedahkan bahawa akaun twitter bekas Perdana Menteri, Najib Razak sendiri yang mempromosikan beberapa hashtag, antaranya ialah #ManifestoBN dan #BetterNation.

Ini bermakna Najib terpaksa membayar sejumlah wang yang besar untuk mempromosikan hashtag ini di twitter bagi membolehkan ia terpapar dalam senarai trending harian di laman sosial berpengaruh tersebut.

Laman sesawang sproutsocial mendedahkan, harga yang perlu dibayar untuk mempromosikan trending sehari di twitter adalah sekitar USD200,000 atau bersamaan RM609 ribu.



Persoalannya, wang siapakah yang dibazirkan untuk tujuan kempen Barisan Nasional ini di twitter? Adakah Najib Razak menggunakan wang tabung suaminya Rosmah? Atau wang pembayar cukai?

0 comments:

Post a Comment