Pasangan Kekasih Dicekup Berasmara Dalam Masjid
Pasangan Kekasih Dicekup Berasmara Dalam Masjid:-Dek kerana menurutkan hawa nafsu yang sedang membuak-buak, sepasang kekasih menjadikan bilik mandi sebuah masjid di Pasir Tumboh, Kelantan untuk ‘melangsaikan’ hajat mereka.
Namun niat itu tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberitahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang berbaju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya pada Sinar Harian.
0 comments:
Post a Comment