Rakyat Malaysia Jangan Mudah Lupa Sila Baca Berita Ini
Rakyat Malaysia Jangan Mudah Lupa Sila Baca Berita Ini:-5 tahun lepas, rakyat Malaysia pernah melahirkan kerisauan menjelang Pilihanraya Umum ke 12 (2008), adakah ada kemungkinan kerajaan Malaysia bakal menaikkan harga minyak selepas pilihanraya. Oleh itu rakyat Malaysia telah bertanya sendiri kepada pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran kalangan rakyat Malaysia.
Akhirnya, rakyat Malaysia ketika itu mendapat satu jawapan yang menyenangkan hati mereka seketika, iaitu….
Ini antara penjelasan & jawapan balas Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu memgang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu 2 minggu sebelum berlangsung Pilihanraya Umum ke 12 (2008) pada 8 Mac 2008 adalah seperti di bawah ini…
“Harga minyak tidak naik & nafikan harga petrol akan naik selepas pilihanraya”
Datuk Najib terus menafikan harga minyak petrol akan naik selepas Pilihanraya Umum ke 12 (2008). ya…satu jawapan yang meyakinkan daripada seorang Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Walaubagaimanapun, kerisauan rakyat Malaysia datang lagi apabila tertanya-tanya apakah dasar yang akan diambil kerajaan Malaysia selepas kemungkinan kenaikan harga minyak akan berlaku tidak lama sahaja lagi terus bertiup kencang.
Pada laporan berita yang dilaporkan Berita Utusan Malaysia seperti di bawah ini, Barisan Nasional telah pun berjaya menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 (2008) dan terus memgang tampuk pemerintahan Malaysia walaupun kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen buat pertama kalinya.
Akhirnya, kerisauan rakyat Malaysia kerisauan menjadi kenyataan & realiti.
“Suka atau tidak, rakyat Malaysia perlu menghadapinya”
Bukan 10 sen, 20 tetapi 78 sen kenaikan harga minyak petrol pada ketika itu ditambah juga dengan kenaian tarif elektrik. Walaubagaimanapun, terma kenaikan tidak digunakan, tetapi dikatakan harga minyak petrol, diesel dan tarif elektrik diselaraskan semula. Hakikatnya sama sahaja maksudnya.
Kenaikan harga minyak petrol, diesel dan tol tidak hanya terhenti di situ sahaja, apabila kenaikan tol mengambil gilirannya. Jikalau anda, meneliti laporan Berita Semasa (DI SINI) skim cepat kaya versi kapitalis Malaysia cukup menguntungkan. Keuntungan lebuhraya Utara Selatan ini sahaja sudah mencecah RM18.3 bilion dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin (Hati Budi Sdn. Bhd.).
“Kerajaan ada 2 pilihan samada memebnarkan syarikat tol di Malaysia menaikkan caj tol ataupun membayar pampasan kepada syarikat tol jika tidak membenarkan mereka menaikkanya menggunakan dana negara”
Oleh itu, Berita Semasa ingin memulangkan semula persoalan ini kepada pemimpin politik, adakah selepas Pilihanraya Umum ke 13 harga minyak, tarif elektrik & tol akan dinaikkan?
0 comments:
Post a Comment