Pemerintahan Israel bertukar tangan, apa nasib Palestin?

 Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

Kerapuhan gabungan baharu lapan parti Israel mungkin beri manfaat pada pejuang Palestin

BANGI � Pertukaran pucuk pimpinan Israel tidak akan mengubah sebarang strategi ketenteraan mahupun strategi besar rejim pengganas itu di Timur Tengah.

Penganalisis Interdisciplinary Research and International Strategy Institute (IRIS Institute), Asyraf Farique menegaskan, objektif rejim Zionis masih lagi sama iaitu untuk menguasai Baitulmaqdis dan mengukuhkan cengkaman hegemoni mereka di Timur Tengah.  

�Israel dijangka akan mengukuhkan lagi proses normalisasi di kalangan negara Islam untuk menjamin hegemoni mereka terus terpelihara,� katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Namun, beliau berkata, berkemungkinan koalisi politik yang baharu dibentuk di antara lapan parti di negara haram itu sebenarnya rapuh.

Ini kerana, jumlah sokongan terhadap koalisi ini tidak jauh berbeza dengan koalisi Benjamin Netanyahu. 

Gabungan baharu itu mendapat undi percaya yang tipis di Knesset (Parlimen), semalam dengan undian sebanyak 60-59.

Di bawah perjanjian gabungan baharu itu, Naftali Bennett, 49 � seorang anti-Palestin � akan menerajui pentadbiran Israel selama dua tahun diikuti pemimpin pusat parti Yesh Atid, Yair Lapid untuk tempoh dua tahun berikutnya.

�Kemenangan tipis ini memberikan indikator terhadap masalah politik dalaman Israel. 

�Hal ini, adalah suatu peluang kepada pasukan pembebasan Palestin untuk menghadapi senario ini.

�Kerapuhan ini mungkin dapat memberi manfaat kepada Palestin daripada sudut peningkatan tekanan politik kepada rejim Israel, untuk melonggarkan beberapa sekatan pentadbiran yang diberikan,� katanya.

Kerajaan baharu negara haram Israel itu bakal menghadapi beberapa cabaran segera.  

Ia berada di bawah tekanan untuk meningkatkan ekonomi setelah beberapa sekatan untuk membendung penyebaran COVID-19, sementara itu, ia juga merundingkan gencatan senjata jangka panjang dengan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) setelah Palestin menghadapi serangan 11 hari pada bulan Mei.

Israel juga akan melalui tempoh yang tidak stabil dan mudah �terbakar� dalam tekanan politik daripada Palestin.  

Bennett mengatakan kerajaannya akan berusaha untuk �mengecilkan� konfliknya dengan rakyat Palestin, dan bukannya mencari penyelesaian akhir.

Untuk rekod, Bennett dalam satu temu ramah pada 2013 pernah menyatakan bahawa beliau menolak penubuhan negara Palestin dan menyokong peluasan penempatan haram Yahudi di wilayah yang diduduki terutamanya di bahagian Tebing Barat.

Pemimpin parti Yamina itu turut mengeluarkan kenyataan biadab apabila menyatakan setiap pejuang Palestin tidak sepatutnya dibebaskan tetapi dibunuh.

�Saya telah membunuh banyak orang Arab dalam hidup saya � dan itu bukan satu masalah,� kata Bennett, bekas komando Israel.

0 comments:

Post a Comment