Tinjauan dapati ramai yang �sering� atau �kadang-kadang� terima berita palsu
Pelbagai respons diterima tinjauan itu, daripada menerima berita, berkongsi sehingga tidak melayari internet, namun aktiviti memeriksa fakta berita kekal rendah dalam kalangan responden.
Sebuah tinjauan yang baru dilaksanakan mendapati 14% responden �sering� mempercayai berita palsu yang diperolehi daripada internet, dengan hanya satu pertiga daripada mereka akan memeriksa fakta berita yang diperolehi tersebut.
Tinjauan itu dilaksanakan Pusat Penyelidikan UCSI melibatkan 1,116 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 52.3% responden wanita dan 47.7% lelaki.
Ketika ditanya berapa kekerapan mereka mempercayai berita palsu tersebut, 48% berkata �kadang-kadang�, sementara 31% lagi berkata �jarang-jarang� dan 6% lagi berkata tidak pernah.
Sebilangan besar daripada responden berkata bahawa mereka menerima berita palsu di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram (79.7%), diikuti aplikasi komunikasi seperti WhatsApp (67%).
Lebih dari 43% responden menerima berita palsu di platform perkongsian video seperti YouTube sementara 23.1% menerimanya dari sumber media arus perdana seperti televisyen dan surat khabar, dan 8.1% lagi berkata mereka memperolehinya dari sumber lain.
Dalam tinjauan tersebut, responden dibenarkan untuk memilih lebih dari satu pilihan.
Ketika ditanya mengenai tindakan yang diambil oleh responden ketika berita palsu, 37.8% berkata mereka sama sekali tidak berkongsi berita demikian, sementara 37.5% berkata mereka kurang mempercayai maklumat yang dikongsi di WhatsApp dan aplikasi lain yang serupa.
Sebanyak 36% berkata mereka kurang mempercayai media, 34.6% lagi menyatakan mereka menggunakan laman sesawang penyemak fakta berita seperti Sebenarnya.my, dan 21.8% berkata mereka jarang menggunakan internet.
Tinjauan itu juga turut bertanya kepada responden apakah mereka mengetahui kewujudan undang-undang mengenai kesalahan menyebarkan berita palsu berkaitan Covid-19 dan proklamasi darurat.
Lebih 67% berkata �ya� manakala 32.6% berkata �tidak�. Ketika ditanya adakah mereka sedar keperluan untuk memerangi aktiviti menyebarkan berita palsu, 80.2% berkata �ya� sementara hanya 19.8% berkata �tidak�.
Dalam satu kenyataan, pusat penyelidikan itu berkata tinjauan tersebut menunjukkan bahawa sebahagian besar responden terdedah kepada berita palsu di media sosial dan melalui aplikasi komunikasi.
�Hal ini adalah membimbangkan, kerana 62% responden mungkin sering (14%) atau kadang-kadang (48%) mempercayai berita palsu yang mereka lihat ketika awal-awal menerimanya,� katanya, sambil menambah bahawa kesedaran mengenai memerangi berita palsu kekal berada di tahap rendah.
�Kita menerima banyak maklumat setiap hari dalam era digital ini, dan beberapa maklumat mungkin terdiri dari maklumat separuh benar atau tidak benar.�
Bagaimanapun, ia tetap menyuarakan perlunya kebebasan pengguna dalam �mengelak dari berita tidak benar sejajar undang-undang dan polisi�, ia turut mengatakan: �Kebijaksanaan pengguna dan usaha untuk memeriksa fakta maklumat yang diterima adalah cara yang paling baik bagi melindungi diri kita daripada berita palsu.�
0 comments:
Post a Comment