Tiada pekerjaan: Lelaki cuba terjun tingkat 11 gagal

Oleh MASZUREEN HADZMAN

PETALING JAYA: Gara-gara tertekan kerana tiada pekerjaan dan hidup bersendirian, seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 11 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara, di sini hari ini.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 25 tahun itu  diselamatkan orang awam selepas melihat individu terbabit keluar dari tingkap rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan pada pukul 11 pagi.

�Susulan itu, sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki berkenaan  diselamatkan orang awam.

�Lelaki terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut,� katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Eng Lai berdasarkan siasatan, lelaki terbabit berasal dari Ipoh, Perak dan tinggal di rumah rakannya.

�Dia cuba membunuh diri kerana mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pekerjaan dan hidup sebatang kara.

�Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 309 kerana mencuba melakukan kesalahan membunuh diri,� jelasnya. � UTUSAN ONLINE 

0 comments:

Post a Comment