�Sudah tiga kali jadi mangsa�

 Oleh HADI AB MANAP

SALAH sebuah kedai gunting rambut milik Mohd. Azrulnizam Azran di Tanjong Minyak, Melaka yang ditutup kerana pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dan PKP 3.0. � UTUSAN/HADI AB. MANAP

MELAKA: �Tiga kali pelaksa�naan Perintah Kawalan Perge�rakan (PKP), tiga kalilah tu��kang gunting rambut menjadi mang�sa keadaan terpaksa tanggung kerugian akibat tidak dibenarkan beroperasi�.

Itu luahan salah seorang pengusaha kedai gunting rambut di negeri ini kepada Utusan Malaysia yang mengakui �mati akal� setiap kali kerajaan tidak mengumumkan perniagaannya itu sebagai perkhidmatan perlu.

Mohd. Azrulnizam Azran, 39, sebelum ini memiliki tiga buah kedai gunting rambut, namun terpaksa menjual salah satu dari�padanya kerana tidak lagi mampu menampung kos operasi.

MOHD. AZRULNIZAM AZRAN

Katanya, lebih memeritkan, setiap kali dibenarkan semula beroperasi, dia terpaksa mencari tenaga kerja baharu memandangkan pekerja-pekerja sedia ada yang berkemahiran telah berhenti demi kelangsu�ngan hidup.

Jelasnya, situasi itu membuatkan rata-rata pengusaha sepertinya bagai hilang arah, di saat premis-premis lain yang lebih berpotensi mencetuskan kluster diberikan �lampu hijau� oleh kerajaan.

�Sudah hampir dua tahun Covid-19 melanda, daripada PKP pertama sehinggalah PKP 3.0, setahu saya belum ada kluster yang disebabkan oleh kedai gunting rambut. Setahu saya belum ada.

�Walaupun perniagaan kami ini melibatkan sentuhan, tetapi kami ikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Kami akur meski�pun terpaksa tanggung kos tambahan sarung tangan, apron pakai buang dan sebagainya. Jadi berilah kami ruang, sehingga pukul 6 petang pun syu�kur Alhamdulillah,� kata�nya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi pengusaha, Lufty Ahmad berkata, terdapat segelintir tukang gunting yang terpaksa menawarkan perkhidmatan dari rumah ke rumah demi se�suap nasi.

LUFTY AHMAD

Katanya, bagaimanapun ka�edah berkenaan dilihat tidak sihat dan lebih berpotensi menyebarkan pandemik se�andainya terdapat jangkitan.

KEDAI gunting rambut milik Lufty Ahmad yang beroperasi di Pekan Merlimau, Jasin, Melaka. � UTUSAN/HADI AB. MANAP

0 comments:

Post a Comment