Remaja kongsi video pornografi kanak-kanak ditahan

Oleh MASZUREEN HADZMAN
SITI KAMSIAH HASSAN

PETALING JAYA : Kegiatan seorang remaja yang sering membuat perkongsian pornografi kanak-kanak mengundang padah apabila ditahan polis pada Rabu lalu.

Penahanan suspek berusia 19 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 6 petang di sebuah rumah di Semenyih, dekat sini bagi membantu siasatan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, polis menahan suspek selepas membuat perkongsian pornografi kanak-kanak di kumpulan WhatsApp.

Menurutnya, maklumat diperoleh selepas tular di laman sosial Twitter mengenai kegiatan kumpulan WhatsApp yang dikatakan mempromosikan kegiatan seksual kanak-kanak.

�Hasil risikan bahagian D11 Bukit Aman berjaya mengenalpasti suspek dan membuat tangkapan sebelum merampas barangan berkaitan kes.

�Suspek kini dalam tahanan reman bagi membantu siasatan,� katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, suspek ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pornografi di Internet dan mempromosi pelbagai aktiviti seksual kanak-kanak melalui media sosial.

�Dalam serbuan itu pihak polis merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang dipercayai mengandungi gambar dan video bagi tujuan mempromosikan aktiviti tidak bermoral ini kepada umum dan pihak tertentu.

�Suspek direman bermula Khamis lalu hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan,� katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.-UTUSAN ONLINE

0 comments:

Post a Comment