PKP berjaya membuahkan hasil � PM
Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
PETALING JAYA � Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh berjaya mengelakkan berlakunya peningkatan kes-kes baharu secara mendadak.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan PKP Fasa Pertama menyaksikan graf jangkitan kes Covid-19 mula menunjukkan trend melandai dengan catatan sebanyak 4,949 kes semalam berbanding 9,020 kes pada 29 Mei lalu.
�Sistem kesihatan negara kita juga masih mampu menampung kes-kes (Covid-19) baharu di samping mencatatkan jumlah pesakit sembuh yang tinggi.
�Ini menunjukkan tindakan yang diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil,� katanya pada perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan sebentar tadi. � K! ONLINE
0 comments:
Post a Comment