Lelaki cuba jual kereta berisi mayat teman wanita
Oleh KOSMO!
NASHVILLE, TENNESSEE � Seorang lelaki warga Amerika Syarikat didakwa membunuh teman wanitanya sebelum cuba menjual kenderaannya yang berisi mayat mangsa, lapor akhbar New York Post semalam.
Jabatan Polis Metropolitan Nashville berkata, Robert Miquel Johnson, 31, cuba mengalihkan kenderaan milik teman wanitanya, Pamela Paz, 44, sehari sebelum mayat mangsa ditemui di dalam kereta itu di sebatang jalan di Nashville.
Selepas menyoal siasat Johnson, detektif kemudian cuba menjejaki seorang saksi yang berkata, dia melihat Johnson cuba menjual kenderaan jenis Dodge Charger itu.
Johnson juga memberikan maklumat yang salah ketika polis bertanya tentang lokasinya ketika pembunuhan berlaku.
�Dia disoal siasat dan didapati memberikan maklumat palsu,� kata polis.
Johnson kini dipenjarakan atas tuduhan lain yang tidak berkaitan di daerah Wilson, namun dijangka akan dipindahkan ke Nashville. -Agensi
0 comments:
Post a Comment