Respon Zul Ariffin gosip bercinta dengan Nasha Aziz


Respon Zul Ariffin gosip bercinta dengan Nasha Aziz - Jika sebelum ini Zul Ariffin dikaitkan bercinta dengan Abby Abadi dan Gayatri Su-Lin Pillai, lain pula cerita di Kosmo semalam yang mendakwa pelakon itu sedang rapat dan mesra dengan pelakon wanita seksi dan terkenal, Nasha Aziz.

Menurut Zul Ariffin, dia tidak menafikan yang dirinya mesra dengan Nasha Aziz di lokasi penggambaran drama Kasih Bersulam Daun Palas tetapi tidak lebih dari sekadar teman untuk mencari keserasian.

�Tidak salah kalau saya hendak bermesra dengan Nasha bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang lebih serius.�

�Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.�

�Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut.�


0 comments:

Post a Comment