Rakyat Palestin Sambut 26 Banduan Tahanan Israel
Rejim Israel semalam bersetuju untuk membebaskan 26 banduan politik Palestin dan banduan tersebut disambut dengan penuh kegembiraan oleh ahli keluarga serta penduduk Palestin.
Langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada persetujuan dicapai dengan pihak berkuasa Palestin bagi meneruskan rundingan damai yang terbantut semenjak 2008.
Semua banduan dihantar pulang ke Gaza dan Ramallah. Mereka adalah kumpulan pertama dibebaskan daripada keseluruhan 104 susulan rundingan damai Palestin-Israel.
Keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Israel yang dianggotai tiga hakim dan kenyataan menyebut kerajaan berbuat demikian berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan.
Pusingan kedua rundingan damai kedua-dua pihak dijadual berlangsung beberapa jam selepas pembebasan berkenaan di tebing barat.
Sementara itu, pengumuman dua ribu penempatan baru Israel pada Ahad lalu mencetuskan kemarahan pihak berkuasa Palestin.
Bagaimanapun, seperti dijangka ramai penganalisis, tiada bantahan rasmi dbuat.
Malah, Setiausaha Luar Amerika Syarikat, John Kerry meminta pihak berkuasa Palestin tidak melatah dengan penempatan haram Israel demi menjayakan rundingan.
Namun, beberapa penganalisis barat menyifatkan Amerika Syarikat merupakan satu kuasa yang dayus apabila terpaksa tunduk demi kepentingan Israel.
Ia sekaligus menjejaskan kepentingan Palestin yang sepatutnya dipertahankan.
Rundingan damai yang bermula pada 30 Julai lalu di Washington menjadikan Amerika Syarikat bertindak sebagai orang tengah dalam usaha perdamaian.
Penyelesaian konflik Palestin-Israel sebelum ini gagal dicapai berpunca daripada keghairahan Tel Aviv membina penempatan haram baru.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber & Video: Al Jazeera English
Iklan Teks:
0 comments:
Post a Comment