Meriah Raya Rita Rudaini Dan Anak-Anak
Walaupun mendapat berita kurang enak iaitu diceraikan beberapa hari sebelum umat Islam menyambut sambutan 1 Syawal, namun hari raya pelakon jelita Rita Rudaini dan dua anaknya tetap berlangsung dalam suasana meriah dan gembira.
Rita bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, menyambut Aidilfitri di kampung halaman aktres itu di Perlis Indera Kayangan.
Malah dia sempat membuat rumah terbuka dengan menjemput saudara-mara, kenalan dan peminat yang tinggal berdekatan untuk memeriahkan rumah terbuka yang dianjurkannya, baru-baru ini.
Sebelum ini, bekas suami Rita, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dipercayai telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
Oleh: JULIANA JOHAR
Iklan Teks:
0 comments:
Post a Comment