Zizan Akui Tag Emma Maeembong Namun Hanya Kawan Biasa
Zizan Akui Tag Emma Maeembong Namun Hanya Kawan Biasa | Pengakuan Zizan Razak sebelum ini dirinya telah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29 lalu memang mengundang teka-teki ramai peminat.
Ramai yang cuba meneka tidak kurang juga menunggu penjelasan lanjut dari Zizan, akhirnya timbul gosip kononnya gadis yang dimaksudkan itu adalah pelakon yang sedang meningkat popular, Emma Maembong.
Sebelum ini Zizan pernah menafikan cintanya dengan Emma Maembong, namun baru-baru ini sewaktu beliau berada di Paris sempena perlantikkannya sebagai duta Sony, Zizan ada berkongsi gambarnya di sana menerusi Instagram. Apa yang menjadi perhatian ramai, dua daripada gambar tersebut turut di tag-kan kepada Emma.
"Emma suka banggunan-banggunan di Paris. Jadi saya tag lah gambar-gambar tu pada dia. Tak ada isu pun. Sama juga kalau saya tag gambar pada orang lain. Emma pun hanya sebagai artis dibawah syarikat pengurusan saya", jelas Zizan ketika ditemui pada rakaman Kecoh Pengacara Beraya bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam masa sama Zizan diminta mengulas mengenai isu dirinya kini yang dikatakan mempunyai masalah disiplin dan tidak memberikan kerjasama yang baik dengan pihak produksi.
"Kalau soal saya lambat ke set, saya akui perkara itu. Kadang-kadang saya terlewat disebabkan kesesakan jalan raya dan kerana terlalu letih. Tapi setakat ini saya sedaya upaya memberikan kerjasama yang baik kepada semua produksi.
Kalau saya lewat, saya akan beritahu mereka. Kalau saya betul-betul letih, saya minta kebenaran utuk sampai lambat sikit dan mereka benarkan. Itu perkara biasa. Kalau saya ada salah dengan mana-mana pihak, saya minta maaf", katanya. sumber

0 comments:
Post a Comment