Zed Zaidi kutuk Ezany tidak kenang budi Seniman


Zed Zaidi kutuk Ezany tidak kenang budi Seniman - Ekoran tuduhan pelakon Ezany Nizariff, 40, yang kononnya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak bertindak terhadap dua laporannya telah mendapat kecaman dari Zed Zaidi. Beliau menganggap Ezany sebagai tidak mengenang jasa Seniman yang sudah bertungkus-lumus membantunya sejak tiga bulan lalu.

“Kami sudah mendapat surat jawapan daripada pihak-pihak berkenaan untuk diaturkan temu janji bagi menyelesaikan masalah Ezany tetapi pada saat-saat akhir Ezany tidak memberi respons kepada kami sama ada untuk menyertai pertemuan itu atau pun tidak." 

"Sebaliknya Ezany memberi kami pilihan untuk melantik sebuah persatuan seni lain sebagai pemerhati dalam pertemuan itu. Mana boleh macam tu? Persatuan mana yang dia nak minta tolong sekarang ini?”

Terdahulu, Ezany telah membuat kenyataan menerusi mstar yang mendakwa Seniman gagal bertindak walaupun dia sudah membuat dua laporan pada April lalu berhubung isu tunggakan hutang syarikat produksi terhadapnya dan kes kononnya dia digam oleh RTM.


Bagaimanapun masalah Ezany itu selesai apabila dia menerima semula baki hutang sebanyak RM3,500 untuk penggambaran drama Titian Dua terbitan NR Network manakala salah fahamnya dengan pihak RTM juga dapat diselesaikan selepas meminta bantuan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.

Menurut Zed Zaidi  pihaknya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan kes Ezany kerana setiap pertemuan ataupun sesuatu urusan itu perlu dibuat selepas mendapat black & white sebagai rekod simpanan untuk mengelakkan apa-apa tindakan saman belakang hari.

"Kami buat kerja ikut peraturan. Bukan ikut cara cowboy. Kami berniat nak bantu Ezany tetapi akhirnya dia kutuk kami balik. Dia tuduh kami tak buat kerja tetapi bila kami nak tolong, muncul pula persatuan lain yang nak tunjuk hero.”


0 comments:

Post a Comment