Shah Jaszle Akui Makin Tertekan Dengan Kontroversi
Shah Jaszle Akui Makin Tertekan Dengan Kontroversi | Shahz Jaszle mengakui dirinya semakin tertekan dengan kontroversi yang melandanya ekoran ditangkap khalwat bersama Farah selain diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung kejadian itu oleh pelbagai pihak.
Menurut Shah Jaszle lagi, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan untuk bermuhasabah tentang kejadian khalwat itu.
"Terus terang saya tidak tahu lagi ingin cakap apa mengenai kes tersebut supaya masyarakat dapat memahami situasi saya.
"Saya berasa letih dengan kontroversi tersebut dan ingin berehat seketika supaya dapat menenangkan fikiran," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.
Kata Shahz Jaszle lagi, dia juga mengambil keputusan itu selepas tidak pernah mengambil cuti daripada berlakon sejak beberapa tahun lalu.
Dalam pada itu, Shahz Jaszle berkata, dia enggan lagi mengulas kes berkenaan mahupun hubungan dengan tunangnya dengan Redzwani Puteri kerana sedar jawapannya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.
Jelasnya, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada terus bercakap tentang kes tersebut dan menunggu perbicaraan di mahkamah penghujung tahun ini.
"Macam-macam saya kena hentam dan pelbagai pertanyaan yang diajukan sehingga saya tidak tahu lagi hendak menggunakan ayat apa bagi mempertahankan diri.
"Jalan paling baik adalah berdiam diri selepas ini dan tunggu perbicaraan di mahkamah kelak," ujarnya.
Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri bertunang pada 8 Disember 2012 dan mereka dijadualkan berkahwin pada 2015 selepas wanita yang menuntut dalam jurusan perubatan itu tamat pengajian. Kes khalwat antara Shah Jaszle dan Farah akan disebut di Mahkamah Syariah pada 12 November depan. sumber

0 comments:
Post a Comment