Mikail Andre Berlakon Tumbuk Hidung Pelakon Sampai Patah

Mikail Andre Berlakon Tumbuk Hidung Pelakon Sampai Patah | Mikail Andre yang pertama kali memegang watak utama didalam filem "1 Lawan Satu" mengakui pengalaman tersalah langkah ketika melakonkan aksi lasak merupakan pengalaman untuknya. Menurut beliau,

Mikail Andre Berlakon Tumbuk Hidung Pelakon Sampai Patah

�Saya tidak mengalami kecederaan yang teruk sepanjang penggambaran 1 Lawan Satu, namun ketika salah satu babak berlawan saya dengan tidak sengaja tertumbuk hidung lawan saya dan menyebabkan hidungnya patah dan senget. Namun kerana pelakon tersebut merupakan seorang komander, dia tetap meneruskan babak tersebut,� kata Mikail ketika ditemui di majlis pra-tonton filem tersebut di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Mikail turut memberitahu beliau trauma akibat insiden tersebut namun sikap profesional pelakon lagak ngeri tersebut sedikit sebanyak membantunya. Ketika ditemui, Mikail turut berkongsi di mana pelakon babak aksi tersebut telah bangkit semula dan meluruskan semula hidungnya yang berdarah dan senget dengan menggunakan sebatang pen.

Pertama kali memegang watak sebagai teraju utama untuk filem �1 Lawan Satu�, pelakon Mikail Andre mengakui agak janggal untuk berlakon di bawah filem arahan abangnya, Pierre Andre. Namun keadaan tersebut bertukar menjadi pengalaman yang berharga kerana sering mendapat bimbingan dari abangnya itu.

Berkongsi mengenai pengalamannya berlakon dalam filem yang padat aksi itu, Mikail memberitahu filem tersebut banyak menguji ketahanan mental dan fizikal pendatang baru sepertinya namun dia menyahut cabaran yang diberikan oleh abangnya itu. Selain kerap bersenam di gimnasium, Mikail turut menjalankan latihan lebih kurang tiga minggu bersama pelakon lain.

Menyentuh mengenai penglibatannya dalam industri lakonan, pemuda berusia 21 tahun itu berkata yang minatnya dalam bidang lakonan muncul secara tiba-tiba dan dia telah menyuarakan hasrat tersebut kepada abangnya. Namun, Pierre mencabar Mikail untuk kurus memandangkan berat badannya pada ketika itu mencecah 130 kilogram.

�Saya menyahut cabaran yang diberikan oleh Pierre pada ketika itu kerana kata-katanya itu ada benarnya juga. Dalam masa hampir setahun saya berjaya menurunkan berat badan dan Berjaya membuktikan kepada abang yang saya memang bersungguh-sungguh dalam bidang lakonan,� katanya. sumber

0 comments:

Post a Comment