Maria Farida - Kesian Puteri dapat buaya macam Shah Jasle


Maria Farida komen perangai playboy Shah Jasle - Selepas terus berdiam diri daripada memberikan sebarang komen berkenaan isu khalwat bekas kekasihnya, Shah Jasle, akhirnya Maria Farida membuka mulut semalam ketika ditemubual oleh wartawan MalaysianDigest.

Menurut Maria Farida, dia tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada Shah Jaszle ketika ini kerana itu semua merupakan kesilapan dirinya sendiri. 

"Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia (Shah Jaszle) yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around. Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar."

Jika berdasarkan komen pendek Mama Hot ini, adakah ianya bermaksud hubungan mereka berdua sebelum ini putus di tengah jalan disebabkan oleh sikap playboy Shah Jaszle yang cenderung ingin memiliki ramai teman wanita? 

Selain komen di atas, Maria Farida turut melahirkan rasa simpati dengan tunangnya, Redzwani Puteri yang masih mempercayai Shah Jaszle walaupun dia secara terangan mengetahui pembohongan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh kekasihnya.

"Kasihanlah pada tunang dia, dapat buaya yang macam tu. Lepas satu, satu dia (Shahz Jaszle) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar dari orang-orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversi dia itu."


0 comments:

Post a Comment