Gambar Pingat Dalam Tong Sampah, Mat Yo Biadap?
Gambar Pingat Dalam Tong Sampah, Mat Yo Biadap? Penyokong The Red Wariors (TRW) menerusi laporan Berita Harian menganggap tindakan penyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha membuang pingat Piala FA ke dalam tong sampah sebelum memasuki bilik perlawanan Sabtu lalu, sebagai biadap dan kurang ajar.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Rasmi Kelantan (KPBRK), Rozamri Mohd Ali, berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan Norshahrul Idlan atau Mat Yo selaku pemain kebangsaan dan profesional.
Rozamri berkata, tindakannya itu juga dianggap tidak menghargai pingat yang dikalungkan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
Sebagai pemain profesional, Mat Yo sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pemain lain dan perlu menerima keputusan biarpun pasukannya tidak berjaya menjulang Piala FA, katanya ketika dihubungi semalam.
Dalam pada itu, Timbalan Kelate.net, Mahizi Mahmood pula menganggap dendam terhadap TRW yang ada dalam diri Mat Yo menjadi punca utama pemain yang menerima anugerah paling bernilai tiga tahun berturut-turut itu bertindak membuang pingat berkenaan.
"Mungkin ada sesuatu yang tersimpan dalam hati Mat Yo terhadap TRW dan selepas kekecewaan gagal menjulang Piala FA menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi. sumber

0 comments:
Post a Comment