Pulau Khas Untuk Wanita Iran di Buat



Pulau Khas Untuk Wanita Iran di Buat:-Kesukaran untuk para wanita menjalankan aktiviti di pantai walaupun telah memakai pakaian mandian yang menutup aurat masih lagi menjadi masalah. Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, pemerintah Iran telah mewartakan sebuah pulau yang berdekatan dengan Pulau Kish, Iran sebagai sebuah pulau khusus untuk kaum wanita.

Di pulau berkenaan, kaum wanita bebas menjalankan semua aktiviti seperti aktiviti membeli-belah, menginap di hotel mewah, menyaksikan permandangan taman laut, dan mandi-manda di tepi pantai tanpa kehadiran seorang pun kaum lelaki di pulau berkenaan.

Dipetik dari spiegel.de, pemerintah Iran telah mewartakan Pulau Arezou yang terletak berdekatan dengan Pulau Kish hanya untuk kaum wanita sahaja. Di sana, semua kemudahan lengkap disediakan termasuk pengangkutan, restoran, dan fasiliti-fasiliti lain. Selain itu, segala layanan akan diberikan oleh staf-staf wanita.

Nama 'Arezou' di ambil kerana ia bermaksud 'harapan', di mana pemerintah Iran ingin merealisasikan semua harapan kaum wanita selama ini iaitu menikmati fasiliti lengkap seperti wanita-wanita lain di seluruh dunia.

Uniknya lagi, undang-undang di negara Islam Iran ini membenarkan kaum wanita memakai pakaian renang sepanjang berenang di pantai Pulau Arezou. Selain itu, bagi para pelancong wanita lainnya, mereka perlu memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya.








0 comments:

Post a Comment