Kapal Terbang Lion Air Terhempas Di Laut Bali



Kapal Terbang Lion Air Terhempas Di Laut Bali:-Sebuah kapal terbang Lion Air yang membawa 108 penumpang telah terhempas di laut Bali, Indonesia ketika dalam proses mendarat di Ngurah Rai International Airport. Namun begitu, tiada kematian dilaporkan. Kapal terbang Boeing 737 yang berlepas dari Bandung itu patah dua dan 53 penumpang dilaporkan cedera ringan.

 TVOne menunjukkan gambar kapal terbang tersebut dengan kerosakan fuselage. Cuaca juga dilaporkan baik ketika kejadian berlaku menurut Edward Sirait, iaitu commercial director PT Lion Mentari Airlines. Menurut beliau juga, kapal terbang itu membawa 95 orang dewasa, 5 kanak-kanak, seorang bayi dan 5 orang krew peberbangan. 



0 comments:

Post a Comment