BN takut Kalah tampilkan semua wajah baru sebagai calon


Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Pic: Utusan MalaysiaDatuk Seri Najib Razak bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Pic: Utusan MalaysiaBN takut Kalah tampilkan semua wajah baru sebagai calon:-KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) hari ini menunjukkan kesungguhan mereka untuk terus memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat apabila mengumumkan hampir 50 peratus calon merupakan muka baru.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata, perubahan yang dibuat oleh beliau adalah berdasarkan kemahuan rakyat yang mahukan perubahan dalam senarai calon BN.
"Ini mengikuti kehendak dan kemahuan pengundi untuk melihat BN berubah.

"Pengundi mahukan perubahan dalam barisan calon kita (BN). Oleh sebab itu, kita letakkan 33 peratus muka baru di parlimen dan 49 peratus muka baru di DUN (Dewan Undangan Negeri)... kita cuba melakukan secara inklusif," kata Najib.

Najib berkata demikian setelah menyampaikan watikah pelantikan calon kepada presiden parti-parti komponen dan pengerusi-pengerusi BN negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Menurut Najib, senarai yang dikeluarkan adalah muktamad dan berharap tidak ada sebarang perubahan lagi.

"Senarai calon-calon untuk BN telah pun dimuktamadkan dan pengerusi BN negeri akan sampaikan secara serentak esok.

"Ianya merupakan barisan yang pada hemat saya adalah yang terbaik yang telah disediakan," kata Najib.

Menurut Najib, BN meletakkan syarat untuk calon parlimen sekurang-kurang mempunyai taraf pendidikan diperingkat diploma dan ke atas.

"31 peratus calon terdiri daripada golongan profesional seperti profesor, doktor, peguam dan ulama... semuanya mereka yang berpengalaman.

"Kita bukan sahaja menampilkan pembaharuan... imbangan muka baru dan berpengalaman sangat penting... kalau semuanya muka baru, sukar untuk mentadbir kerajaan," kata beliau.

Najib turut menjelaskan, nama-nama yang digugurkan bukan disebabkan mereka gagal untuk memberi khidmat yang baik kepada rakyat atau bermasalah.

"Mereka yang telah terpilih, mampu melakukan yang terbaik...tetapi dalam keadaan masyarakat dan pengundi menuntut perubahan...inilah barisan terkuat mampu kita tampilkan.

"Inilah pasukan yang mampu memenuhi akujanji manifesto BN," tambah Najib lagi.

0 comments:

Post a Comment